QBIX Solution
01 / 01

+6012-344 4411

Kubikel Tandas

Pembekal Kubikel Tandas

Qbix Solution ialah syarikat pembekal kubikel tandas dan partition tandas Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun, sejak tahun 2019. Sebagai peneraju dalam industri pembekal dan pemasangan sistem kubikel tandas serta partition tandas, kami menawarkan perkhidmatan terbaik yang bernilai tambah dan bermutu tinggi di seluruh Malaysia. Kami mampu menyediakan penyelesaian bagi para pelanggan yang ingin membina persekitaran tandas yang ideal dan mesra pengguna. Tambahan pula, kami pakar dalam pemasangan kubikel dan partition tandas pada harga yang berpatutan. Qbix Solution mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan dalam penyelesaian bagi tandas awam, bilik mandi, bilik persalinan pakaian, bilik rehat, dan sebagainya.

Pelbagai Pilihan Untuk Anda

Kami menawarkan pelbagai pilihan warna dan gaya untuk memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan. Matlamat utama kami adalah keselesaan, kerana ia merupakan elemen yang paling penting bagi kami. Selain itu, syarikat yang telah berdaftar dengan CIDB Malaysia ini juga menawarkan pelbagai penyelesaian yang sesuai bagi reka bentuk kubikel atau partition tandas yang anda perlukan. Pilihannya merangkumi sistem kubikel tandas biasa sehinggalah sistem kubikel mewah. Anda boleh menyesuaikan pilihan sistem tersebut berdasarkan struktur ruang dan bajet anda.

Qbix menawarkan perkhidmatan:

  1. Pembekal Kubikel dan Partition Tandas
  2. Pemasangan Kubikel dan Partition Tandas
  3. Khidmat Penyelesaian Kubikel Tandas
  4. Pembekal Aksesori Kubikel Tandas (stainless steel, aluminum, nylon)

Mengapa Memilih Qbix

Qbix Solution menggunakan Papan Resin Fenolik (Phenolic Resin Board) sebagai bahan utama bagi produknya oleh disebabkan kualitinya yang tinggi serta ciri-ciri keistimewaannya. Kami mendapati bahan ini amat sesuai untuk digunakan di ruang yang sering basah dan lembap.

Berikut merupakan ciri menarik bagi Papan Resin Fenolik:

  1. Bahan yang tahan lama & tahan lasak
  2. Kalis air, kelembapan, api, bahan kimia
  3. Mudah dibersihkan dan dijaga
  4. Ekonomikal
  5. Estetik
  6. Mesra Alam

Perkara yang membezakan Qbix dengan syarikat lain adalah; kami menggunakan bahan (papan resin fenolik) yang telah mendapat kelulusan SIRIM bagi memastikan kualitinya mematuhi spesifikasi SIRIM. Kami menjanjikan produk yang mempunyai kemasan yang baik serta berkualiti tinggi agar ia mempunyai ketahanan buat jangka masa yang lama.

Anda sedang mencari penyelesaian bagi kubikel dan partition tandas? Qbix Solution merupakan pilihan terbaik untuk anda. Kami menjanjikan perkhidmatan dan kualiti produk bertaraf dunia. Hubungi Qbix untuk mendapat makluman lanjut mengenai penyelesaian kubikel atau partition tandas syarikat anda. Kami sentiasa bersedia membantu anda.

WhatsApp WhatsApp us